Aku & Dunia IT

Pada awalnya aku diperkenalkan oleh ayah aku Majalah PC. Masa tu kandungan dalam kebanyakannya hitam putih, adala satu dua yang berwarna. Aku terkejutla jugak kenapa tiba2 ayah aku bagi majalah untuk, jadi aku pening2 lalat memikirkan benda ni. Masa tu aku form 2. Belek2 halaman jumpala ntah apo2 kod. Sekarang baru aku tau kod tu adalah kod HTML.

Pendidikan tak rasmi aku belajar IT adalah dengan membaca buku / majalah. Maksudnya tanpa guru. Masa tu aku rasa tak best belajar tanpa guru, iyelah kalau aku tak faham kat saper aku nak refer permasalahan aku ni. Masa form 5, Kelab Komputer ditubuhkan di sekolah aku. Aku jadi Pengerusi Kelab. Keahlian takla ramai sangat, hanya 5 orang jer sebab komputer pun tak cukup budak2 nak guna.

Masa zaman persekolahan, aku sempatla belajar Macromedia Director, Macromedia Freehand (kalau tak silap aku)…maka aku belajarla buat animasi dan grafik.

Habis zaman sekolah, ada banyak masa terluang. Aku masuk kursus Microsoft Office…belajar menaip, buat graf, buat presentation dsb. Lepas tu plak pi masuk kursus Kejuruteraan Komputer lebih kurang sebulan. Dalam kursus tu aku belajar cara-cara nak format, bendalah dalam casing tu, cara nak install OS dan lelain lagi.

Kat umah aku takder komputer. Tak mampu beb..aku bukan dari kalangan keluarga yang kaya raya jadi tak mampu nak beli sebuah komputer. Maka terpaksalah aku jadikan komputer sepupu aku yang terletak jauh dari umah aku untuk test mengetest dan praktik ilmu2 ni.

Habis kursus kejuruteraan ni, umur aku lebih kurang 20tahun. Aku ambik kesempatan masa yang ada pi masuk Kolej Yayasan Terengganu ambil kursus Pengaturcaraan Komputer hampir setahun. Subjek yang aku belajar adalah teori dalam bidang IT, C++, Visual Basic dsb.

Habis aku belajar, aku bekerja…..kemudian aku dapat tawaran belajar di Kolej Inspektor Kesihatan di Institut Kesihatan Umum, Bangsar selama 3 tahun. Dalam masa ini makmal komputer baru siap dibina dan aku telah dilantik oleh Mr. Tee (lecturer) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Makmal Komputer. Fungsinya adalah untuk mengawalselia perjalanan makmal. Oleh kerana terdapat 25 buah komputer untuk dijaga, maka aku mencari beberapa orang kawan untuk berada dalam jawatankuasa tersebut. Aku ambik kesempatan buat servus & maintenance sendiri sebab saja nak cari pengalaman walaupun masa tu takderla aku dapat untung. Sekurang-kurangnya dapatlah praktikkan ilmu yang aku belajar tu.

Bersambung…

Leave a Reply